MG Auto bermula sebagai bengkel servis dan penyelenggaraan bagi semua jenis kenderaan yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutama sekali Perkhidmatan Sokongan merangkumi Ambulans, Van Shuttle, Bas, Kenderaan Pacuan 4 Roda, Lori & lain-lain. MG Auto juga menyediakan perkhidmatan kepada semua pelanggan sama ada dari persendirian, sektor kerajaan dan swasta.
Kami akan sentiasa menambah baik masa & kualiti perkhidmatan servis & penyelenggaraan kenderaan demi memastikan kepuasan pelanggan pada tahap yang terbaik, kualiti kerja yang terbaik serta memastikan kos servis & penyelenggaraan tidak membebankan pelanggan.